Pengalaman join artisan market — apa aku belajar

Kepada yang tak tahu, aku ni pelukis. Sebelum ni aku rasa seronok tengok pelukis-pelukis lain buka booth dekat Art dan Anime Convention Centre (ACG). Tapi ada satu pelukis yang membuatkan aku nekad nak buka booth dekat event. Nama pelukis tu ialah Nana. Pelukis ni ada blog sendiri, boleh klik sini untuk tengok.

Jadi, aku cari event seni yang terdekat dengan rumah aku. Bukan tu je, aku juga daftar perniagaan aku! Maka lahirlah IsyahT Gallery di dunia perniagaan. Event organiser yang aku join ialah Craft Affair. Mereka selalu buat event seni dekat The School Jaya One dekat Petaling Jaya.

Apa aku jual

Aku jual notepad, notebook dan stiker. Sebab aku baru dalam dunia perniagaan ni, aku tahu jual tu je tak cukup. Jadi aku tambah perkhidmatan juga yang aku yakin aku boleh buat duit dari tu — live drawing. Aku tak reti lukis realism, dan aku juga tak reti lukis karikartur. Jadi aku buat stail aku sendiri. Nak cakap stail anime, bukan. Tapi pengaruh strok anime dan manga tu ada sikit.

Seperti yang dijangka, barang-barang aku tak terjual banyak. Yang banyak terjual ialah aku punya servis melukis. Aku ada jugak letak komik kawan Facebook aku, tapi tu pun tak terjual. Well, at least aku dapat komik free dari dia lepas habis berniaga.

Kat bawah ni antara pelanggan aku. Ada banyak lagi tapi aku tunjuk 3 je.

Aku join lagi 2 event, satu dari Craft Affair dan satu lagi dari Hepii. Dua-dua ni korang boleh tengok akaun Instagram diorang.

Aku gembira sangat sebab aku dapat buat benda yang aku suka, iaitu melukis. Ada je pelanggan yang agak susah aku nak berkomunikasi sebab kawasan aku buka booth ni tempat ramai orang bukan Melayu. Ada juga budak-budak yang tahu English dan Mandarin tapi tak tahu bahasa Melayu, jadi aku tergagap-gagap jugalah nak bercakap dengan mereka. Aku boleh je cakap dalam bahasa Inggeris, tapi tak fasih.

Apa aku belajar

Beberapa benda aku belajar. Aku ni pelajar perniagaantani, maknanya aku ni ada juga belajar pasal perniagaan. Belajar secara teori tak sama ya dengan belajar secara amali.

1. Lukis dengan cepat

The key is speed. Orang takkan duduk dekat booth korang selama sejam untuk tunggu korang habiskan satu lukisan, dan pelanggan lain takkan tunggu dekat belakang dan beratur untuk korang lukis muka diorang pulak. So korang kena belajar melukis dengan cepat tapi masih mampu kekalkan keunikan lukisan korang. Jangan cincai pulak.

2. Jangan underprice dan overprice

Jujurnya takde julat harga yang betul untuk lukisan macam harga sayur. Tapi ada limit yang aku rasa semua pelukis setuju. RM5 untuk satu lukisan muka kartunn saiz A4 yang siap dalam 30 minit? Underprice. RM40 untuk lukisan simple yang boleh siap dalam 10 minit? Overprice. Korang boleh tengok pelukis lain punya harga. Jangan tengok pelukis chipsmore (kejap ada kejap takde) tapi tengok pelukis yang konsisten dalam industri seni. Aku cuma kenal pelukis macam Nana, Ki To, dan Rusyda je. Ada juga pelukis lain dalam kenalan Facebook aku, tapi aku tak berapa tahu sangat pasal aktiviti lukisan mereka.

3. Ikut peraturan event organiser

Setiap oragniser ada peraturan mereka yang tersendiri. Macam Craft Affair, antaranya ialah barang jualan korang kena dah prepare sebelum event mula. Kalau event mula pukul 10 pagi tapi 10.15 pagi baru nak susun, tak boleh. Kena denda tak? Ada yang ya, ada yang tak. Aku sendiri tak ingat sangat pasal denda diorang. Aku ambil tahu pasal peraturan dia je. Dendanya boleh jadi kena bayar duit hinggalah kena ban dari join event.

4. Susun atur barang jualan

Yang ni aku masih lagi belajar cara nak susun barang. Aku masih tak dapat berguru dengan pelukis Ki To dan pelukis otai lain pasal perniagaan secara offline ni. Jadi aku cuma belajar pasal susunan barang dari YouTube pelukis luar negara je. Korang kalau dapat dapat kesempatan untuk berguru dengan pelukis otai, korang boleh ambil ilmu dari mereka.

5. Ambil tahu layout kawasan

Mana tandas, mana surau, mana tempat beli makanan, semua ni kena tahu SEBELUM hari event. Kalau masa dah sampai sana baru nak tahu tandas mana, kedai serbaneka mana, surau mana, buang masa je nanti. Staf pun bukannya setiap masa akan ronda dekat kawasan tu. Mereka ada juga benda lain yang mereka kena buat selain daripada cek setiap peniaga. Dengan tahu keadaan kawasan event, korang juga boleh rancang berapa banyak air korang boleh minum dan berapa banyak makanan korang boleh makan. Manalah tahu tandas dekat kawasan tu tak ada paip air, korang lak tak ada tisu. Naya pak karim…

Sekarang masih buat ke?

Tak. Bukan sebab aku dah bosan atau tak berminat lagi, tapi more to pengurusan wang yang teruk. Aku tak buat saving untuk event seterusnya, jadi aku tak boleh join. Huhu… Aku bukanlah profesional, bukan juga orang lama dalam industri ni. Cuma tulis apa aku belajar je untuk rujukan pemula lain.

Apapun, terima kasih sebab baca blog post kali ni. Memang aku cepat buat blog post sejak akhir-akhir ni sebab sekarang cuti semester. Nanti bila kelas dah buka aku dah tak ada masa sangat nak tulis blog post secara kerap macam ni.

Share the Post:

Hai! Saya Aisyah.

“When you grow up, you’ll become the wind.”
The Apothecary Diaries LN Vol 11 Ch 20

Ni tempat aku tulis apa aku fikirkan. Macam personal blog. Ia memang habit aku. Have fun jalan-jalan dalam rumah aku ni.

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *