Jadi dekat Threads ada beberapa pelajar tanya tentang beberapa kursus dan juga kehidupan di universiti, jadi meh aku kongsikan dengan korang kehidupan di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai mahasiswa jurusan Sains Pengurusan Perniagaantani!
Asrama UUM
Setiap inapan siswa (inasis) lain dia punya bilik. Macam dekat inasis Bank Rakyat, biliknya lebih kurang macam ni:

Saya sendiri, saya duduk dekat inasis MAS. Jadi biliknya lain.
But secara standard, setiap bilik akan dapat meja, kerusi, tilam, dan katil yang ada compartment bawah dia lebih kurang macam dalam lukisan tu. Bantal bawa sendiri ya. Kalau korang datang-datang ada bantal, jangan pakai.
Ada juga pilihan untuk duduk di luar UUM. Tapi korang kan pelajar baru, so jangan risau. Korang terjamin dapat duduk dalam UUM.
Laluan bas
Nanti masa orientasi, please please please alert! Dalam group WhatsApp korang akan dapat macam-macam file. Antaranya ialah laluan bas. Ada 6 laluan kesemuanya; laluan A, B, C, D, E, dan F. Bas pula ada 7; A, B, AB, C, D, E, F. Nak bebel sini tak guna, nanti korang belajar sendiri masa orientasi.
Subjek
Now berkenaan kursus ni pula. Sebenarnya subjek untuk sem depan ada perubahan sikit. Tak silap aku batch korang tak diwajibkan ambil subjek bahasa Mandarin. Kelas kokurikulum pulak dah ditukarkan daripada 4 kelas (means korang akan ambil KoK selama 4 sem) jadi 2 kelas (2 sem je). Jadi aku cuma mention yang aku rasa diorang takkan ubah for the time being.
1. Biologi
- Jujur aku cakap aku tak tahu silibus korang (KSSM) sekarang macam mana. Aku tak tahu apa yang dikekalkan dan apa yang ditukar dalam buku teks Biologi korang. Tapi topik dalam kelas Biologi untuk kursus ni mostly dia akan repeat semula dari SPM silibus KBSM. Antara yang aku ingat ialah ada pasal genetik, sel haiwan dan sel tumbuhan, dan proses fotosintesis. Basically sebiji macam SPM silibus KBSM tapi semuanya berkenaan dengan haiwan dan tumbuhan je.
2. Kimia
- Sama jugak dengan Biologi. Lebih kurang je dengan SPM silibus KBSM tapi yang berkenaan je. Kenapa ada Kimia? Sebab ia berkenaan dengan subjek lain.
3. Agronomi
- Semua tentang pertanian. Contohnya cropping system, jenis baja, plant irrigation, penyakit pada tumbuh-tumbuhan dan hidroponik. Pendek cerita semua tentang tanaman.
4. Animal Husbandary
- Yang ni tentang haiwan pulak, kecuali ikan. Kursus ni ada subjek khas untuk perikanan. Antara korang belajar ialah proses pencernaan lembu dan ayam, pasal babi, penjagaan haiwan ternakan, pemilihan tapak untuk mula penternakan dan penyakit yang boleh ada pada haiwan. Yang ni best sebab aku dengan groupmate aku pergi ladang lembu tenusu, means ladang ni khas untuk dapatkan susu lembu je.




5. Akuakultur
- Ni semua pasal perikanan, termasuklah ikan hiasan. Projek aku kena buat dulu ialah pilih antara ikan gapi dan ikan laga, dan bela sampai habis sem. Sayangnya ikan aku mati masa aku terperap dalam wad psikiatri masa tu. Aku balik je dah mati. Hmm…
6. Sains Makanan
- Ya, kami juga membincangkan mengenai Food Science. Subjek ni tak adalah detail mana macam kursus Sains Makanan dekat Universiti Malaysia Terengganu. Kenapa berkenaan? Sebab sebahagian besar aktiviti pertanian menyumbang kepada sumber makanan negara.
Ok, yang ni je yang aku rasa takkan ubah. Aku nak tambah Ekonomi tapi aku rasa aku ada dengar akan ada perubahan untuk subjek Prinsip Ekonomi, Mikroekonomi dan Makroekonomi. Perubahan macam mana? Wallahuaklam.
Persediaan
Kalau korang rasa korang nak ambil kursus ni, dah letak kursus ni dalam UPU atau dah dapat pun tawaran untuk ambil kursus ni, korang kena ada beberapa barang ni:
- Kasut kebun. Apa-apa kasut yang korang tak kisah akan kotor. Aku cadangkan kasut getah dari Mr DIY, tu pun kalau Mr DIY tempat korang ada jual lah.
- Baju sukan. Apa-apa baju sukan yang korang ada sebab korang akan keluar masuk kebun beberapa kali untuk tahun pertama dan kedua.
- Kalau korang pelajar aliran sains tulen, korang boleh bawa buku rujukan biologi dan kimia korang tu. Insyaallah akan berguna nanti.
- Topi kebun. Bawa, jangan tak bawa. panas lit lit tahu bila one day bila kena pergi ladang lembu nanti.
Botol air aku sarankan beli je botol air mineral plastik tu, takyah gagah sangat bawa botol tumbler korang yang cantik molek tu. Nak bawa ke UUM boleh je, tapi time pi kebun tu beli je yang botol air mineral plastik tu, senang sikit kerja korang.
Adik-adik ada soalan?
Aku rasa aku dah tulis apa yang penting dalam ni. Kalau ada soalan boleh tanya kat ruangan komen, nanti aku reply kalau notifikasi masuk. Phone aku ni kadang select, ada yang aku dapat notifikasi, ada yang tak. Aku pun tak tahu kenapa.



2 Responses
Wah menarik bidang ni.
Lagi best kalau minat bidang ni.