Pada era glabolisasi ini, semua benda dalam keadaan pantas. Pada mulanya, ianya menjadi perkara yang bagus kerana banyak kerja boleh diselesaikan dengan cepat.
Media sosial juga sebegitu.
Sekarang ni ni kita ada YouTube Shorts, Instagram Reels dan TikTok. Namun, penggunaan harian membuatkan orang menjadi lebih gelisah, tidak senang duduk, dan lebih ketagih dengan content pendek.
Cuba korang buat post kat media sosial, berapa ramai je yang sebenarnya baca artikel tanpa skip? Berapa ramai je yang tekan link untuk betul-betul baca artikel dan bukannya baca tajuk artikel dan terus tulis komen walaupun tidak mendapatkan konteks penuh? Ramai yang macam ni ya, aku termasuk jugak.
Dalam artikel Harvard Health Publishing, antara kesan doomscrolling adalah:
- Menjejaskan corak harian (macam gangguan jadual tidur dan makan)
- Gaya hidup tidak aktif (menyebabkan seseorang duduk diam dalam tempoh yang lama, yang membawa pelbagai kesan sampingan lain kepada badan)
- Penurunan kesejahteraan mental dan kepuasan hidup
- Mencetuskan rasa panik dan kegelisahan eksistensial (perasaan cemas mendalam)
- Fenomena “Popcorn Brain” (Menghabiskan terlalu banyak masa di alam maya menyebabkan otak mengalami stimulasi berlebihan (overstimulated), yang dipanggil fenomena “popcorn brain”)
Ada lagi kesan, korang boleh baca sendiri atau guna NotebookLM atau Notebook Germini untuk jelaskan untuk korang.
Aku sendiri, aku rasa gelisah dan tidak tentu arah. Aku rasa tak senang duduk tanpa skrol telefon dan tengok apa je la yang ada dalam media sosial. Kadang, aku juga tak buat kerja yang sepatutnya aku buat pada waktu tu.
Jadi, pada semester lepas, aku buat detoks media sosial selama seminggu. Aku asalnya ada buat video untuk benda ni, seakan vlog la. Tapi aku tak dapat habiskan video tu. Jadi aku akan jadikan sebagai catatan blog je.
Apa yang aku buat untuk gantikan doomscrolling
1. Membaca buku
Aku mula membaca buku yang aku bawa dari rumah. Buku yang aku bawa ialah ‘Sebelum Kopi Mendingin’ terjemahan bahasa Melayu.

Aku dapat habiskan baca buku ni dalam masa 3 hari je. Betapa banyaknya masa lapang aku yang aku bazirkan dengan doomscrolling selama ni.
Masa aku duduk dalam wad psikiatri pun, aku mampu habis membaca 4 buku novel dalam masa sebulan. Kitorang tak dibenarkan bawa telefon, jadi aku isikan masa lapang dengan baca buku yang ada dekat wad psikiatri tu. Oh ya, ni wad Hospital Sultanah Bahiyyah in case korang nak tahu.
2. Melukis
Aku ada melukis jugak. Aku tak jumpa mana aku simpan gambar lukisan aku tu. Aku dulu banyak melukis masa aku dalam fasa depresi jugak sebab masa tu aku tak reti nak luahkan dengan kata-kata.
Lukisan aku buat pun tak banyak rasanya masa tu sebab aku banyak habiskan masa dengan membaca daripada melukis.
3. Ulangkaji matapelajaran
Aku jarang buat ulangkaji.
Uh, pembetulan. Tak buat ulangkaji.
Jadi, aku buat ulangkaji subjek masa semester tu. Tak silap aku, aku ada 6 subjek. nasib baik semua subjek lulus, takde yang repeat. Fuh!
Lagipun, buat nota guna pen, buku dan kertas rasa lagi seronok. Aku rasa suka tengok nota tulisan tangan aku tu. Aku rasa nota aku nampak lagi cantik bila tulis dekat kertas grid daripada kertas line yang biasa tu. Aku suka tengok.

4. Edit video
Tak silap aku, aku tengah edit video “Jom keluar dari bilik”. Lepas tu laptop aku mula jadi sangat slow dan aku terpaksa edit dekat tablet aku. Ni juga antara faktor kenapa aku tak buat video sampai sekarang.
Kesimpulan
Pendekkan cerita, korang gantikan doomscrolling dengan hobi korang. Tak kisahlah hobi apa. Lagi satu cara yang aku dengar orang buat ialah gantikan dengan buat rutin yang sukar untuk dilupakan. Contohnya, setiap hari pukul 8 pagi hingga 10 pagi korang set kan masa tanpa media sosial atau screen time yang tidak bermanfaat. Sekat media sosial yang ada (bukan delete terus) untuk durasi masa tu.
Kalau aku, aku guna app Minimalist. Aku tukarkan home screen phone aku jadi dumb phone. Ia juga ada fungsi ‘Block schedule’ dimana aku boleh tetapkan masa ni mengikut masa yang aku set up kan.
Harap catatan aku ni berguna untuk korang!



