Pendapat aku pasal isu kanak-kanak yang ketagih gajet

Masa aku kecil, kawan aku bagi aku link Blogger dia. Nama blog dia aku ingat lagi, blogcomel.blogspot.com. Aku try cari balik blog dia tapi aku tak jumpa. Rasanya dia dah delete blog dia tu. Sama macam akulah, pada tahun 2017 kot aku delete blog pertama aku. Sampai sekarang aku rasa menyesal gila. Tapi apakan daya, nasi dah jadi bubur.

Apapun, berbalik pada topik kita.

Zaman 2000 hingga 2010 kira zaman teknologi berkembang pesat. Pada tahun 2003, MySpace dicipta. Pada tahun 2004, Facebook wujud. Pada tahun 2005, YouTube dibina. Satu per satu platform wujud pada zaman ni. Orang omputeh kat Eropah tu dox diri sendiri gitu-gitu je. “Party at [insert address], strangers are invited!”

Dekat Malaysia pulak, melonjaknya zaman kegilaan blogging. Ramai orang buat blogwalking. Blogger sendiri pun ada butang ‘Next’ untuk lompat ke blog random lain.

Aku mula join dunia blogging pada bulan Disember tahun 2013. Masa ni, aku lebih kepada share maklumat menarik yang aku jumpa dekat buku komik yang aku baca daripada aku tulis pasal diri sendiri.

Tapi kan, kenapa aku share pasal ni?

Masa aku jumpa artikel ni, aku terfikir macam mana kehidupan orang zaman Y2K ni. Aku rasa sangat jarang untuk ada kes orang ketagih gajet. Pelajar bawah 18 tahun act like their age. Mereka bermain, bersosial, kadangkala nakal. Masa ni internet wujud dan hiburan alam maya dah ada, tapi aku tak jumpa kes budak-budak ketagih gajet.

Tapi zaman sekarang, aku rasa setiap tahun akan ada website yang menulis tentang bahana ketagihan gajet terhadap budak-budak. Malah mereka siap buat panduan limit masa tanyangan (screen time) untuk setiap umur.

Di negara luar pun banyak orang buat sketsa di mana ibu bapa malah menggalakkan anak-anak mereka untuk melekat dengan telefon pintar mereka untuk memastikan anak mereka duduk diam.

Ya, memang mereka duduk diam. Tapi adakah perkara itu BAIK?

Tidak sama sekali.

Berdasarkan artikel ni, antara kesan buruk pada kanak-kanak tersebut adalah:

  • Tidak dapat tidur yang cukup
  • Mempunyai masalah sosial seperti pertumbuhan kognitif, linguistik dan sosial-emosi
  • Mempunyai masalah penglihatan mata
  • Mempunyai gaya hidup yang tidak aktif
  • Boleh menyebabkan obesiti
  • Menyebabkan berlakunya masalah mental seperti kemurungan dan kebimbangan

Yang buat aku tergamam adalah, ada kanak-kanak berpendapat bahawa sekolah tidak penting kerana mereka boleh belajar melalui internet! Ya, kita boleh belajar melalui internet, TETAPI korang tetap perlukan pengajar ya.

Bayangkan korang belajar baca al-Quran. Korang perlukan guru untuk memastikan cara bacaan korang tepat. Korang boleh belajar segala macam teori di internet, tetapi untuk mempraktikkan korang masih perlukan guru.

Aku faham silibus pendidikan di sekolah kerajaan sekarang ni macam hauk. Ada je pilihan pendidikan lain yang korang boleh pilih. Tapi ini tak bermaksud korang tak payah belajar.

“XYZ ni tak belajar tinggi-tinggi tapi berjaya je hidup dia, kaya raya je!”

Actually, ni pendapat yang tidak matang. Nak berjaya dalam hidup tak semestinya kena kaya. Korang masih perlukan ilmu. Malah, cara berfikir orang yang berpendidikan lain tahu daripada yang kurang pendidikan. Itu yang menentukan korang boleh berjaya atau tidak dalam hidup. Ramai orang dewasa yang tidak berkemampuan sekarang ni rasa menyesal tidak mengambil SPM. Tapi zaman sekarang gitu-gitu je pelajar skip SPM macam tak penting langsung.

Aku juga perasan yang budak yang tiada pantauan ibu bapa dalam melayari internet ni biadap sungguh. Mentang-mentang di internet orang tak kenal korang, gitu-gitu je dia bodohkan orang lain. Masa aku buat kelas percuma untuk ajar sorang budak ni pun rasa nak maki balik je dia, tapi aku dapat tahan diri. Nak tahu tak apa budak ni cakap kat kitorang? Dia taknak sekolah. Dia nak jadi streamer dan gamer.

Aku pernah jadi streamer sebelum ni. Dan walaupun dengan pelbagai sumber ilmu tentang perkara ni, aku yakin tak semua orang mampu jadikan kerjaya ni sebagai kerjaya tetap. Malah Jay dari Kubz Scout — YouTuber gaming yang popular pun kata dia akan pastikan dia ada kerja lain in case YouTube lenyap. Dan semua ni perlukan ilmu!

Aku faham, zaman sekarang ni macam mustahil nak hidup tanpa internet. Tapi dengan bimbingan, kita dan kanak-kanak lain mampu hidup tanpa membiarkan internet dan gajet menguasai diri.

Kalau korang nak aku tulis pasal benda lain, korang bagitahu je aku!

Share the Post:

Tentang Penulis

Nama: Nur Aisyah Tajul

Hobi: menulis, melukis, berjurnal, mengumpul collectible items, membaca

Petikan kegemaran: “When you grow up, you’ll become the wind.” — The Apothecary Diaries LN Vol 11 Ch 20

Tambah saya di website korang!

				
					<a href="https://aishaanoir.com/"><img src="https://aishaanoir.com/wp-content/uploads/2025/12/86740488.png"></a>
				
			

Website Lain

Beep… Boop… Akan datang… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *