Rabu lepas, aku ada sesi kaunseling dengan seorang kaunselor pelatih. Jom kita panggil dia Lia.
Ianya bermula dengan Lia mesej aku personal tanya nak buat sesi kaunseling tak. Aku yang bosan terus kata “OK!”
Tapi bila fikirkan balik, aku tak tahu sesi kaunseling ni macam mana. Last aku dapat sesi kaunseling individu adalah masa aku masuk wad psikiatri buat kali pertama untuk MDD aku.
Masa tu aktiviti kitorang adalah mengenali emosi dan cara untuk mengawal emosi tersebut. Satu sesi yang aku ingat sampai sekarang adalah sewaktu kaunselor tu bagi aku satu kertas dengan badan manusia kartun. Aku diminta untuk guna 5 warna untuk mewakili emosi gembira, sedih, takut, marah, dan lagi satu aku tak ingat.
Untuk sesi aku dengan Lia ni, kitorang buat sesi icebreaking. Aku takkan tulis secara terperinci apa yang kami bercakap, jadi aku boleh cakap yang aku bagitahu dia aku ni pelajar semester 11, aku ada MDD, pernah masuk wad, dan aku ada kena ECT. Again, ada lagi banyak perkara tapi aku tak boleh tulis.
Kalau aku kaunselor, aku tak dibenarkan share apapun konteks dengan orang untuk menjaga kerahsiaan kecuali dengan keizinan klien. Tapi dalam situasi ni akulah klien tersebut. So sukati aku la nak share apa.
Antara topik yang kami borakkan ialah betapa retaknya kepercayaan pelajar terhadap guru kaunseling. Banyak yang meluahkan guru tersebut tidak menjaga kerahsiaan pelajar. Mereka bagitahu apa yang mereka bincangkan dengan guru lain. Walaupun mereka tidak menyebut nama pelajar, kebanyakan kes orang yang mendengar masih boleh tahu siapa orang tersebut melalui penceritaan mereka.
In fact, sebab benda tu jugak aku tak nak jumpa kaunselor dah. Aku pun tak percayakan diorang walaupun aku tak kena sendiri kejadian seperti tu. Takkan nak tunggu benda tu jadi baru nak berhenti, kan?
Apapun, ni selfie aku amik dengan Lia. Kitorang ada lagi 2 sesi untuk bantu dia penuhkan jam kredit. Caiyok! U ken duit!

Sorry la catatan aku pendek kali ni. Aku takde banyak cerita menarik untuk topik ni. Cer korang komen korang ada pengalaman pahit atau manis ke dengan guru kaunseling korang?



