Gunakan RSS feed daripada media sosial

Masa aku terperangkap dalam infinite scrolling dekat YouTube, aku jumpa satu video ni. Kalau korang nak tengok sendiri, boleh tekan sini dan datang sini semula.

Topik video tu adalah tentang mencipta home feed sendiri menggunakan RSS reader.

Tapi sebelum tu…

Apa itu RSS?

Berdasarkan ProBlogger, RSS bermaksud Really Simple Syndication. Ia merupakan teknologi yang digunakan untuk membantu pengguna mengikuti perkembangan dan kemas kini daripada laman web kegemaran mereka secara automatik.

Alamak, ayat buku la pulak.

Okey, RSS ialah teknologi yang membolehkan kau menerima kemas kini daripada laman web kegemaran di satu tempat, tanpa perlu memeriksa setiap laman web secara manual.

Macam mana ia berfungsi?

  • Langkah 1: Seorang penulis artikel atas talian, podcaster, atau blogger menerbitkan artikel baru di website diorang. Website tu menyediakan RSS feed, iaitu senarai kemas kini yang boleh dibaca oleh aplikasi RSS.
  • Langkah 2: Aplikasi RSS memeriksa feed daripada laman web yang korang ikut dan mengenal pasti artikel baharu.
  • Langkah 3: Artikel daripada pelbagai blog yang korang suka muncul dalam satu RSS reader yang sama. Korang boleh memilih artikel yang mahu dibaca dan membuka laman asal jika perlu.

Kalau nak aku dummified lagi, korang anggap ianya macam CD. Korang perlukan CD player untuk tengok content dalam tu. Setiap website dan blog ada ‘CD’ masing-masing. Korang sebagai pembaca, korang collect CD tu dan tengok melalui CD player, dalam kes ni namanya RSS reader.

RSS reader ada banyak dekat internet. Yang aku pakai ialah FeedFlow sebab dia free untuk guna dan boleh sync dalam pelbagai peranti. Aku ada satu dekat laptop, satu dekat tablet dan satu lagi dekat telefon.

Ni aku punya RSS feed aku dekat FeedFlow.

Dulu aku selalu dengar pasal RSS ni, tapi aku tak tahu pun apa benda tu dan macam mana nak guna atau buka. Masa first time aku dengar tentang RSS, aku tengah tengok video pasal indie website dalam zaman serba serbi moden. Kata pencipta video dekat YouTube tu, dia cuma guna RSS je untuk ikuti semua website kegemaran dia. Website dia pun ada butang RSS, jadi aku tekanlah. Tapi yang muncul hanyalah coding yang aku tak reti nak baca.

Tapi minggu ni, barulah aku tahu macam mana RSS feed ni.

Kelebihan RSS feed

Antara kelebihan yang aku nampak adalah orang lebih kurang gunakan media sosial. Aku sendiri pun, aku slowly kurang tengok media sosial. Aku cuma ikuti berita dari blog site yang aku dah save melalui RSS reader aku.

Tapi macam mana exactly ia membantu?

Bayangkan Instagram zaman dulu.

Dulu, Instagram web menyusun semua post secara kronologi. Dan apa yang muncul hanyalah post dari akaun yang korang follow. Korang cuma perlu skrol laman utama Instagram untuk keep up dengan semua post orang yang korang follow.

Tapi sekarang dah lain.

Semua media sosial mula menggunakan sejenis algoritma yang mengesan aktiviti korang dan tunjukkan kandungan yang kena dengan data tersebut. So kalau korang banyak engage dengan post pasal monyet, korang akan nampak lebih banyak post pasal monyet.

Ianya bagus kerana algoritma tu membantu tunjukkan siaran kita pada orang yang tepat. Tapi, ianya sangat tertagih untuk teruskan skrol sampai korang buang masa skrol media sosial tengok macam-macam short form content. Aku ada tulis kesan bahana doomscrolling atau infinite scrolling dekat catatan sebelum ni, jadi korang boleh baca lepas habis baca catatan ni.

Kesan buruk doomscrolling dan cara aku kurangkannya

Tapi dengan RSS feed tersendiri korang boleh tapis dengan lebih mudah apa yang korang nak tengok. Hanya benda yang memang korang nak tengok je. Macam aku, aku lebih suka letak personal blog orang lain supaya aku boleh keep up to date dengan diorang punya post dan kekal dalam komuniti blogger yang aku jumpa.

Lagi satu kelebihan yang aku dengar dari Reddit adalah pengguna lebih kurang guna telefon secara keseluruhan.

Macam mana?

RSS feed korang bukan macam TikTok yang promote content creator baru dekat aplikasi diorang semata-mata nak korang guna lebih lama platform diorang tu. Ianya tiada agenda tersorok macam tu. Korang cuma buka RSS feed korang tu, baca, lepas tu keluar dari aplikasi tu. Simple.

Lagi satu, RSS feed ni juga tapis iklan dari website yang korang langgan. Jadi korang memang 100% tiada gangguan.

Ada juga aku dengar dari Reddit yang diorang lebih cepat tutup telefon sebab cepat bosan. Lagipun seperti yang korang tahu, kebanyakan indie website dikawal oleh seorang je. Jadi kadangkala dalam sebulan ada 2 hingga 3 je kandungan baru yang muncul unlike website akhbar. Malah kalau website akhbar pun bukan semua berita kita baca. Kita baca mana yang kita rasa penting je.

Kesimpulan

Korang tak wajib pun ada RSS feed. Ni cuma alternatif untuk kurangkan infinite scrolling dekat media sosial. Aku tak ada la kata benda ni boleh menggantikan media sosial secara menyeluruh, tak. Macam CD jugaklah. Add CD tak bermaksud korang takkan buka Netflix. Cuma kalau ada CD sendiri tu korang lebih cenderung untuk gunakannya daripada hanya tengok dekat Netflix dan laman penstriman yang lain.

Semoga catatan aku ni bermanfaat untuk korang! Komen la sikit ya, he he heh…

Share the Post:

Tentang Penulis

Nama: Nur Aisyah Tajul

Hobi: menulis, melukis, berjurnal, mengumpul collectible items, membaca

Petikan kegemaran: “When you grow up, you’ll become the wind.” — The Apothecary Diaries LN Vol 11 Ch 20

Tambah saya di website korang!

				
					<a href="https://aishaanoir.com/"><img src="https://aishaanoir.com/wp-content/uploads/2025/12/86740488.png"></a>
				
			

Website Lain

Beep… Boop… Akan datang… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *