Aku buat lukisan ni untuk gambar halaman utama cerita aku, “Apa Jua Untuk Dia”.
Nak pendekkan cerita, ni tentang pelajar perempuan yang ada perasaan terhadap senior dia. But of course that’s not the only thing.
Korang boleh baca kat Penana atau Wattpad. Taip je tajuk tu.
Aku suka romcom. Aku mula suka lepas baca novel “Be Careful What You Wish For” oleh Alexandra Potter.
Cerita tentang Armada dan Chendana tak sama macam novel tu, tapi ia inspire aku untuk try cipta romcom sendiri gak.
Aku suka relationship dynamic antara Chendana dan Armada.
Suatu hari, aku terfikir nak lukis Armada angkat Chendana cus why not? They looks perfect together.
Character dalam “Cerita Kedai Buku”. Idea cerita ni macam “Magis Manis Coklat” di mana most of the time kita tengok cerita dari sudut pandangan pelanggan dan bukan owner tu sendiri.
Jujurnya aku lukis ni sebab nak jadikan header website ni.
Aku saje buat fanart ni.
Asalnya nak buat kaler, tapi malas pulak.
Character concept untuk watak Ratna dari “Apa Jua Untuk Dia” (boleh baca kat Wattpad atau Penana, wink wink).
Lepas fikir punya fikir, Baju sekolah dia buat aku rasa panas. Walaupun boleh je buat sekolah dia ada AC, but still, Malaysia ni panas. Jadi aku tukar.
Asalnya watak dalam cerita ni budak sekolah menengah, tapi editor minta aku ubah ke orang dewasa or at least pelajar universiti untuk match dengan target pembaca diorang, so aku ubah.
Nah, Rozana dan unknown stalker.
Gambar untuk imaginary book pasal Chendana dan Armada.
Tak salah nak berangan, hehe…
Apa beza yang ni dengan “Tidak Menanti Bahagia” ialah genre.
Yang “Tidak Menanti Bahagia” lebih serius ceritanya. Tak nak cakap lebih, biar korang teka sendiri.
Tapi yang ni lebih ringan dan lebih ke arah komedi dan slice of life kerjaya sebagai guru.
Saya buat ni sempena hari merdeka Malaysia dan juga sambutan hari jadi Hatsune Miku.
Senang je nak ingat hari jadi Hatsune Miku ni, hehehe…
Fanart watak dari siri putera terbitan Gempak Starz. Sebenarnya saya lebih suka Gion, tapi Leon macam best pulak lukis.
Ada jugak watak lain saya lukis tapi tu semua lukisan lama.