Mulakan perniagaan atas talian sebagai pelukis agak susah

Dekat Malaysia ni ada banyak pelukis. Tapi pelukis yang convert lukisan diorang jadi produk tak banyak. Kalau ada pun, diorang punya target pembeli ialah pelanggan antarabangsa.

Kenapa tak target pelanggan tempatan?

Sebab orang Malaysia masih ramai lagi yang memandang rendah niche seni ni. Macam satu hamba Allah ni aku kenal, mak dia tak bagi dia masuk sekolah seni lepas SPM dan siap cakap lagi kalau dia nak masuk jugak jangan nak libatkan dia. Budak baru nak 14 tahun, yuran sekolah nak bayar macam mana? Umur tu tak sesuai untuk bekerja lagi. Jadi nak taknak dia terpaksa untuk lupakan impian dia untuk masuk sekolah seni.

5 cabaran yang dihadapi pelukis pemula bila mahu mulakan perniagaan atas talian

1. Tiada tontonan yang cukup

Ni masalah pertama yang pelukis pemula akan risaukan. Mula-mula diorang risau diorang takde followers yang cukup, takde likes dan comment yang cukup. And I get it.

Jual atas talian lain dengan jual secara berdepan (cth; buka booth, tapak jualan dan seakan dengannya). Kita kena capai sebanyak mungkin penonton supaya kebarangkalian untuk barang terjual akan tinggi.

Aku selalunya push jualan secara fizikal.

2. Tiada modal

Ni memang aku takle tolong. Kalau kita nak mulakan perniagaan, kita KENA ada modal. Yes, walaupun jual produk digital. Modal celah mana pulak untuk produk digital? Etsy memerlukan korang untuk bayar listing fee setiap bulan. Shopee? Korang yakin ke dapat pelanggan secara organik di Shopee? Dah la tontonan kat media sosial tak banyak, yakin ke? Kalau yakin, silakan. Aku tak cakap mustahil, tapi lebih kepada luck. Kalau produk fizikal lagilah.

3. Tak tahu nak jual apa

Ni aku pun stuck lama jugaklah. Kalau search kat internet, ada banyak jenis produk yang kita boleh jual. Tapi pilih sikit dulu sebagai permulaan. Nanti korang naikkan bilangan secara perlahan.

4. Dilemma antara buat sendiri atau gunakan penyumberluaran (outsource)

Kita kena fikir pasal benda ni jugak. Ada orang, dia akan pilih untuk buat sendiri. Tapi kemudiannya kita kena fikirkan pulak nak buat macam mana dengan barang sedia ada. Kita juga perlu beli bahan mentah (kertas, kertas stiker, ink printer).

Kita boleh pilih untuk cari penyumberluaran. Yang ni aku tak dapat nak tolong sangat. Korang kena mesej orang lain untuk tanya pembekal yang sesuai. Ni pembekal yang aku suka secara personal. Ada yang seller yang sama, produk berbeza. Ada jugak produk lain, boleh tengok.

  1. Stiker: https://shopee.com.my/Water-proof-sticker-50pcs-minimum-sticker-label-Custom-Design-Custom-Design-Custom-Shape-order-i.268618152.8481349002?xptdk=83ccddba-e9ff-432e-960c-45f2f1e8d361
  2. Beg Tote: https://shopee.com.my/Customized-Print-Canvas-Tote-Bag-T-base-12oz-Bag-Custom-Printing-Canvas-Bag-Custom-Tote-Bag-Shopping-Bag-i.268618152.21267403246?xptdk=31bab191-d136-4c6d-8772-49091b838e8c
  3. Badge butang: https://shopee.com.my/-Fast-Shipping-44mm-Plastc-Base-Premium-BUTTON-BADGE-44MM-PIN-Custom-Design-NO-MOQ-i.268618152.7835919320?xptdk=b2d12551-7e19-4ab6-a95d-8cddcbcd702c
  4. Notepad: https://shopee.com.my/Above-20pcs-(30-sheets)-Custom-Order-Memopad-(Tear-off-Memopad)-Wholesale-i.83544292.15026934173?xptdk=54737651-a93a-4fb3-858b-b28017c97930 (yang ni aku cadangkan dia gila-gila sebab seller ni best)

5. Tak ada ilmu untuk memulakan perniagaan

Ni pun satu masalah. Kita sibuk nak design itu ini, nak buat 5 design buku nota, 25 stiker, 15 beg tote, notepad, pen, bekas pensel, amboiii… Kita bukan syarikat pengeluaran terbesar nak invest semua produk. Duit RM300 pun belum tentu ada. Jadi mulakan dengan benda mudah dahulu.

Mungkin sebagai permulaan, kita boleh buat stiker. Kemudian badge butang, notepad, notebook dan lain-lain. Korang boleh juga buat art print, but let’s be real. Art print orang memilih sangat.

Ada banyak video tutorial perniagaan dekat YouTube. Tak perlu join universiti untuk belajar. Aku yang ambil jurusan perniagaantani pun kadang aku tingtong jugak tak tahu nak berniaga macam mana.

Kesimpulan

Korang boleh belajar dulu apa yang patut, mulakan dengan benda mudah. Susah nak buat business, tapi tak mustahil. Again, susah tapi tak mustahil. Kita boleh!

Share the Post:

Tentang Penulis

Nama: Nur Aisyah Tajul

Hobi: menulis, melukis, berjurnal, mengumpul collectible items, membaca

Petikan kegemaran: “When you grow up, you’ll become the wind.” — The Apothecary Diaries LN Vol 11 Ch 20

Tambah saya di website korang!

				
					<a href="https://aishaanoir.com/"><img src="https://aishaanoir.com/wp-content/uploads/2025/12/86740488.png"></a>
				
			

Website Lain

Beep… Boop… Akan datang… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *