Januari tahun ni aku ada buat video di mana aku buat detoks digital.
Apa tu detoks digital?
Detoks digital bermaksud amalan mengurangkan atau menghentikan sepenuhnya penggunaan peranti elektronik dan media sosial untuk satu tempoh masa tertentu.
Maksudnya korang berhenti guna gajet dan media sosial untuk beberapa tempoh tertentu. Tempoh tu korang boleh set nak berapa lama. Aku sendiri, aku buat detoks digital sejak Januari sampailah habis exam minggu lepas. Sekarang ni aku install balik media sosial dan app yang aku nak pakai semula.
7 bulan tu lama betul! Macam tak percaya, kan? Tapi tak rasa mustahil kalau korang gantikan dengan aktiviti lain.
Ni antara aktiviti dan hobi aku buat sepanjang tempoh 7 tahun tu.
1. Fotografi dan videografi
Sebelum detoks digital ni, aku jadi affiliate TikTok. Antara barang aku buat beg kuning ialah kamera digital. Sekarang aku ada 4 kamera kesemuanya.
Aku dah tak buat affiliate, jadi apa aku buat dengan kamera aku?
Aku tangkap gambar dan buat video! Kebanyakannya video. Aku rajin jugak selfie, tapi sebab aku nak post dekat Instagram. Aku dah malas dah nak konsisten post kat sana. Post aku semua sendu je. Jadi aku selfie untuk jadi gambar profil WhatsApp dan Facebook.
Ni antara gambar aku tangkap:



Untuk video boleh tengok kat YouTube aku di sini.
2. Membaca
Yang ni sebenarnya memang hobi aku sejak kecil. Aku memang dari kecil mak ayah pupuk minat membaca dalam diri aku. Jadi why not aku start membaca lagi sepanjang detoks digital ni?
Masa cuti semester bulan Februari, aku ada beli 3 buku fiksyen baru. Tapi sepanjang 7 bulan ni aku sempat baca 1 je iaitu buku Jepun terjemahan bahasa Melayu “Sebelum Kopi Mendingin” oleh Toshikazu Kawaguchi. Bukunya best, aku suka.
Masa study week 2 minggu lepas pulak, aku beli kesemua 16 ebook light novel “The Apothecary Diaries” oleh Natsu Hyuga. Ni semua gara-gara aku tengok anime dia. Mula-mula nak beli ebook manga dia, tapi lepas dapat tahu original source ialah dalam bentuk light novel dan ada lagi 12 volume yang belum dijadikan manga atau anime, aku terus beli yang tu!

Ceritanya best sangat! Aku sampai cipta akaun Tumblr sebab nak post pasal buku ni je. Kalau berminat boleh pergi sini.
3. Journalling
Ni paling syok sekali! Aku rindu gila buat jurnal.
Aku start buat jurnal masa tadika lagi. Masa tu aku tak tahu perkataan jurnal, aku just panggil buku tu buku diari. But instead of tulis pasal kehidupan seharian aku, aku tulis tentang karakter ciptaan aku a.k.a Original Character (OC).

So aku start menulis jurnal semula tentang idea-idea yang aku rasa boleh dijadikan buku, walaupun hakikatnya tak semestinya semua cerita tu akan dibukukan atau dijadikan manuskrip. Buku tu masih lagi ada banyak muka surat kosong jadi lama lagi untuk buku tu habis.
4. Melukis
Masa semester kedua tahun ni, aku join event MasaLepak dekat universiti. Masa tu aku buka booth live drawing. Alhamdulillah dapat sambutan memberangsangkan!



Tapi sekarang ni aku tak rasa aku nak join event lain sehingga tahun depan. Aku takde bajet nak join event Oktober ni sempena hari kemerdekaan. Haih, but I wanted to tho…
Adakah aku akan buat lagi?
Yes, I will! And you should, too. Rasa tenang tahu bila jauh dari media sosial. Korang jugak akan rasa lebih produktif dan tidur oun lebih lena sebab tak ada screentime sebelum tidur.
Korang boleh je tetapkan masa sendiri. Kalau tak nak buat 7 bulan, buatlah 1 bulan, atau 1 minggu. Tak rugi pun.
Kalau korang rancang nak start, aku ucapkan good luck!


