Aku tewas… Update detoks digital

So, aku install balik semua media sosial. Aku cam, “Well, jom kita berkonten balik cam dulu cuti sem ni!” Lagipun aku dah lama tak tengok perkembangan dalam media sosial.

Dan malam tadi… Aku doom scrolling sampai 2.45 pagi. ಥ⁠‿⁠ಥ

Sebagaimana cepatnya aku log in maghrib semalam, sepantas tu jugak aku doom scrolling.

Ada la aku join art collab dan trend Threads. Ni gambarnya:

Ni inspirasi dari gambar Zizan Razak yang tengah meletop kat Threads
Ni art collaboration dengan kawan Facebook (watak aku yang baju pink)

Tapi selebihnya, aku doom scrolling tak henti-henti. Bukan tu je, bila aku dah sedar aku doom scrolling, aku pi MySiswa pulak nak beli buku sejarah. Time tu la idea nak buat time travel ala-ala kdrama tapi versi orang Melayu keluar. Akhirnya, aku tak tidur langsung malam tadi.

Detoks digital hanya merawat, ia tak akan menyembuhkan

Sebenarnya benda ni sama macam makan ubat. Ia cuma sejenis rawatan je. Ia tak menyembuhkan. Macam ubat antidepressants dan antipsychotic. Ubat-ubat tu hanya mengurangkan simptom tetapi tidak menyembuhkan. Aku tahu sebab aku ambil ubat tu (Sertraline dan Olanza).

Sebenarnya tak salah nak guna media sosial kalau tahu kawal diri. Yang pasti aku tak boleh kawal diri. Aku even buat satu komik tentang benda ni masa sem lepas aku try detoks digital.

So, yep. Aku memang kena kawal screen time aku.

Boleh je set time berapa lama boleh screen time, tapi bagi aku tu macam a recipe for disaster.

Kenapa?

Sebab macam mana kalau aku nak follow perkembangan universiti aku kat Facebook dan Instagram, macam mana kalau masa aku edit video kat TikTok tiba-tiba dia off sendiri? So no, I won’t use it.

Sebab tulah aku install Tumblr. Aku guna Tumblr untuk post lukisan aku and then go on with my life. Aku tak expect dapat likes, tapi kalau dapat satu dua tu aku dah melonjak gembira. So far aku ada dua blog Tumblr, @eccentricpotatoes dengan @isyahtajul. Kalau nak tengok meh la singgah, wink wink. ಡ⁠ ͜⁠ ⁠ʖ⁠ ⁠ಡ

Apa pun, tengoklah aku nak buat apa. Kalau aku pilih untuk tak buka media sosial pun susah sebab aku nak ikuti banyak rumah penerbitan. Manalah tahu mereka buka pintu untuk manuskrip baru, bolehlah aku join.

Terima kasihlah dengar aku bebel pasal ni. Wow, aku dah tulis tiga blog post dalam hari yang terdekat! Let’s keep it that way.

Soalan untuk korang in case nak tulis komen: Korang sendiri pernah tak try detoks digital ni? Tidur tak dikira ye.

Share the Post:

Hai! Saya Aisyah.

“When you grow up, you’ll become the wind.”
The Apothecary Diaries LN Vol 11 Ch 20

Ni tempat aku tulis apa aku fikirkan. Macam personal blog. Ia memang habit aku. Have fun jalan-jalan dalam rumah aku ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *