Mawar

Biodata

PekerjaanPemilik kedai buku
JantinaPerempuan
Umur29 tahun
KaumMelayu
Dari ceritaCerita Kedai Buku

Personaliti

Raisyah adalah seorang yang tidak suka untuk menonjolkan dirinya. Dia bukanlah kera sumbang atau tidak tahu bergaul. Jika seseorang ada topik yang ingin dibualkan bersamanya, dia akan mendengar dan memberikan pendapat jika perlu. Dia juga boleh menjadi peramah jika perlu, terutama sekali dengan pelanggan. Nama sebenarnya bukanlah Mawar, namun ramai memanggilnya Cik Mawar kerana nama kedainya.

Hubungan

1. Natasya

Hubungan: Pelanggan
Natasya sering datang ke kedai bukunya walaupun tidak membeli apa-apa. Natasya pernah berhasrat untuk bekerja di kedainya, namun dia tidak ada jawatan kosong untuknya. Jadi, Natasya hanya meluangkan masa di kedai buku itu dan berlagak seperti pekerja.

2. Ashley

Hubungan: Kawan
Pernah berkenalan di kedai lain sebelum wujudnya Kedai Buku Mawar. Sangat peramah dan mengambil berat pada Mawar. Kadangkala dia akan datang ke kedai untuk mencari buku yang ditulisnya.

3. Rei

Hubungan: Pelanggan
Pernah mengoyakkan sebuah buku secara tidak sengaja. Sebagai ganti, dia perlu membersihkan keseluruhan kedai. Kadangkala akan datang ke kedai untuk belajar di tingkat atas kedai buku itu.

4. Hayat

Hubungan: ???
Sejak dia tahu keberadaan Mawar, dia selalu memunculkan diri. Selalunya akan datang selepas waktu pejabat.

5. Cik Mawar

Hubungan: Kenalan
Pernah berkenalan di kedai bunga milik Cik Mawar. Dia yang menolong Mawar mencapai impian kanak-kanaknya. Kini menghilangkan diri tanpa jejak. Mawar mengidolakan Cik Mawar.

OC lain: