Sebelum tu, aku nak jelaskan.
Aku tak delete akaun. Aku cuma uninstall app media sosial dalam telefon dan tablet.
Jujurnya, aku fikir lama sebelum buat keputusan ni.
Korang mesti pernah jumpa orang yang addict dengan hisap rokok, atau addict dengan berjudi, atau addict dengan game; pokoknya any kind of addictions. Bila kita nak berhenti dari addiction, kita tak boleh terus 100% berhenti secara mengejut. Nanti kita akan kembali semula pada addiction tu, malah akan jadi lebih teruk dari asal. Jadi ni apa yang aku buat:
1. Delete semua media sosial dari telefon
Ni no compromise. Jangan ada app media sosial langsung. Pada asalnya saya nak pakai dumbphone je terus. Saya ada Nokia lama kat almari. Tapi bila fikirkan balik, saya ada app yang saya masih guna setiap hari macam ewallet dan WhatsApp. Jadi saya delete je app media sosial. Tak payah tukar telefon.
2. Delete semua media sosial dari tablet KECUALI TikTok
Sebab utama saya taknak delete TikTok ialah sebab adanya TikTok Shop. Kadang TikTok Shop punya barang lagi murah dari Shopee, jadi saya taknak delete terus. Tapi yang lain-lain? Delete. Tak fikir dua kali. Again, tablet ni ada banyak app penting macam MyKasih, My Digital ID, myPTPTN, MyJPJ dan lain-lain (dear government, kenapa tak gabungkan semua app ni jadi 1 app je).

Jujurnya, hari pertama tanpa media sosial rasa janggal. Saya biasanya akan buka Facebook atau Threads pada waktu pagi masa bangun tidur. Tapi hari pertama tu rasa kosong. Saya cuma tengok WhatsApp dan Telegram je, lepas tu pandang siling bilik. Ya, saya masih ada TikTok dalam tablet. Tapi saya malas nak jalan ke meja semata-mata nak tengok TikTok lepas bangun tidur.
Jadi apa solusi saya?
Radio. Dulu masa tahun 2009 – 2013 saya selalu dengar radio. Saya ada radio kecil milik ayah saya yang saya selalu bawa ke mana saja. Radio ialah hiburan keluarga saya. Even dekat pejabat mak dia ada pasang radio setiap hari. Ayah pun ada radio baru lepas radio lama saya ambil. Rumah kami takde internet masa tu. Bukan tak mampu, tapi mak ayah tak percaya saya untuk guna internet tanpa pengawasan mereka. Kalau nak buat tugasan kelas, saya akan pakai USB broadband ayah dengan limited time use je.
“Jadi macam mana kau ada blog masa 2013?”
Setiap kali cuti sekolah (dulu cuti sekolah sentiasa start dari November hingga hujung Disember) aku ikut mak pergi office. Waktu rehat ialah the only window of opportunity untuk aku guna internet (rehat tempat kerja kerajaan ialah dari 1 tengah hari hingga 2 petang, dan untuk Jumaat mula dari 12 tengah hari hingga 3 petang rasanya). Masa sekolah, kawan aku ada bagitahu yang dia buat blog sendiri. So aku pun teringin nak ada blog sendiri jugak.
Adakah aku masih guna media sosial?
Yes, aku masih guna. Tapi lebih susah. Kalau aku nak sangat buka media sosial, aku kena buka lappy dan pakai Chrome browser. Macam aku katalah, aku bukannya berhenti pakai media sosial 100%, I just make it harder for me to use it.

Is it worth it?
Yes, it is. Kalau korang nak detox diri dari media sosial, korang boleh try cara aku. Penting untuk kita rehat dari media sosial. Nak buang terus dari hidup mungkin mustahil. Doable, but hard. Nak tukar ke dumbphone pun susah sebab kerajaan sekarang banyak rely on digital app (gosh I hate it). Kalau krorang ada buat jugak, share la sikit progress korang! Aku nak dengar jugak.