
Saya banyak baca cerita seram dari kecil lagi. Tapi kebanyakannya ialah komik Jepun lah. Dan yang menariknya, cerita seram mereka tak semestinya melibatkan hantu jumpscare pembaca. Cukup dengan suasana uncanny (pelik dan misteri), plot yang bagus dan pembawakan cerita yang menarik, kita akan rasa ‘seram’nya.
Jadi, macam mana sebenarnya nak tulis cerita seram ni?
Tulis cerita seram lain dengan lukis komik atau tengok filem tahu. Dan kadangkala, baca cerita seram yang hanya ada teks sahaja lebih menakutkan sebab pembaca boleh bayangkan sendiri raksasa ngeri yang ada dalam cerita tu.
Contoh babak:
Aku terdengar suara orang menangis di dapur. Aku fikir Sally — pembantu rumah aku — yang menangis. Sebelum ini di rumah lama kami aku memang biasa terjumpa pembantu rumah aku yang menangis di bucu ruang. Setiap daripada mereka ada masalah yang tersendiri. Ada yang hilang jagaan anak di mahkamah, ada yang mempunyai keluarga toksik, ada yang mempunyai masalah kewangan. Aku memang rapat dengan mereka.
Aku mengitai dari rangka pintu dapur. Aku tidak jumpa seorang pun di situ. Aku pun perlahan-lahan masuk ke ruang dapur. “Sally, awak ke tu?” aku memanggil namanya. Suara itu masih menangis. Aku melihat di sebelah kaunter. Ada seorang perempuan berambut panjang sedang duduk mencangkung di lantai sambil menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Siapa ni? Aku tidak dapat cam orang itu. Badannya sangat kurus, bajunya kusut, kakinya kotor dan rambutnya kusut.
Aku menepuk bahu orang tersebut. Kepalanya berpusing ke arah aku dalam keadaan tidak normal. Badannya tidak bergerak, namun kepalanya mampu pusing lebih 90 darjah. Mukanya tiada; hanya lekuk di bahagian soket mata, bentuk hidung namun tiada lubang padanya. Walaupun tiada mulut, mukanya kelihatan melebar seperti orang yang ternganga untuk menjerit.
Saya bukanlah penulis terhandal (semoga saya jadi penulis terhandal suatu hari nanti) tapi ni contoh yang saya boleh bagi pada pembaca.
Jadi, berbalik kepada soalan kita; macam mana nak tulis cerita seram?
Di sini saya senaraikan beberapa tips yang saya dengar dari orang lain dan tips dari diri sendiri.
1. Tulis apa yang awak takut
Ada orang takut ketinggian, ada orang takut gelap, ada orang takut benda besar. Awak boleh mulakan dengan benda yang awak takut.
Contohlah awak takut angkasa lepas (astrophobia), jadi tulis benda berkenaan tu. Kenapa awak takut benda besar? Terangkan ikut awak punya point of view. Ni contoh yang saya boleh bagi untuk tema astrophobia ni:
Dunia menjadi kecoh. Ada manusia yang masih gelabah dan tidak tahu apa yang mereka perlu buat. Ada juga yang menerima takdir mereka dan membuat maksiat di tepi jalan dengan kepercayaan “Dunia ni sudah berakhir, semua benda sudah tak penting,”. Semua ini terjadi angkara semua planet berlanggar sesama sendiri.
Ia pada asalnya bermula dengan Utarid, diikuti dengan Zuhrah. Planet lain pun memberi petunjuk yang ianya lari dari orbit asal. Puncanya tidak diketahui, namun satu benda yang pasti — planet-planet itu bergerak ke arah matahari.
Bumi juga secara perlahan-lahan lari dari orbit dan semakin mendekati Matahari. Saintis menyatakan yang kita hanya ada 20 hari lagi sebelum Bumi tidak boleh didiami kehidupan secara rasmi dan manusia akan mula mati kerana panas melampau.
Perubahan lain ialah Bulan juga semakin menghampiri Bumi. Ia kelihatan sangat besar di mata manusia. Bukan itu sahaja, malah kejadian ini menyebabkan tarikan graviti Bumi menjadi tidak stabil Banyak kawasan dilanda tsunami, namun ianya bukan kerana gempa bumi di dasar laut, tetapi ianya disebabkan tarikan graviti bulan yang terlalu dekat.
Ni contoh je, tapi pembaca dapat idea dasarnya, kan? Terokai ketakutan sendiri dan mungkin pembaca boleh jadi the next best horror author di Malaysia!
2. Jangan kekal dengan satu jenis plot
Don’t get me wrong, plot tentang rumah berhantu, objek berhantu dan penunggu okey je. Tapi apa yang saya nak katakan ialah jangan plot sama dengan cerita-cerita lain.
Sekumpulan manusia duduk di rumah berhantu, hantu datang kejutkan mereka satu per satu… Tak pun sekumpulan manusia jumpa artifak pelik di satu tempat, salah seorang daripada mereka mencuri artifak itu dan akhirnya mereka semua dihantui oleh hantu yang mendamping.
Again, it’s okey if your story is like this, but add your own twist. Maksudnya, buat ianya menarik dan lain daripada cerita lain. Apa yang membuatkan cerita awak lain daripada lain? Apa elemen khas yang awak letak dekat cerita tu?
Cara untuk elakkan plot cliche ialah terokai subgenre seram lain. Ada banyak subgenre bawah genre seram.
3. Tulis watak yang menarik
Maksud point di sini ialah watak yang orang kisah. Bukan watak yang sole purpose dia hanya untuk dibunuh oleh hantu kemudiannya. Buat pembaca kisah tentang watak tu.
Contohlah, pasangan kawan baik. Tunjukkan dinamik perhubungan mereka. Apa yang istimewanya hubungan mereka, apa yang membuatkan mereka makin rapat. Kalau pasangan kekasih, tunjukkan apa yang membuatkan mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Tak perlu scene bawah kain pun.
Kalau ada penerangan sikit dekat perhubungan sesama watak, barulah cerita menjadi menarik. Kalau tak, bila watak tu mati pembaca tak kisah pun.
4. Teknik penulisan yang betul
Setiap genre ada cara penulisan berbeza tahu. Untuk cerita seram, penulis kena tekankan bahagian penerangan. Tak perlu penerang berjela, tapi cukup untuk bagi pembaca idea asas untuk babak tu.
Contohnya dekat contoh nombor satu saya kat atas tu, saya terangkan macam mana rupa ‘hantu’ yang menangis dekat dapur tu. Macam mana keadaan luaran dia, baju dia, rambut dia, kemudian muka dia.
Kalau nak tulis entiti jahat tu kekal misteri sampai akhir cerita pun boleh. Contoh terbaik adalah filen Netflix “Bird Box” yang pertama. Hingga akhir cerita kita tak tahu rupa ‘entiti’ tu, tapi ceritanya masih dapat buat menonton berasa seram.

Tapi ada jugak orang yang beri nasihat untuk jangan terangkan semu benda. Pandangan ni pun tak salah. Kalau kita biarkan benda tu tak ada penerangan atau kekalkan pembaca tertanya-tanya, kita galakkan pembaca bayangkan sendiri ‘entiti’ seram versi mereka.
Ni nasihat yang saya boleh bagi kalau pembaca nak tulis cerita seram. Saya ambil petikan dari pengguna Reddit:
‘Seram’ bukan jumpscare. Jumpscare ialah helah murahan yang dibuat untuk menakutkan pembaca. ‘Seram’ ialah perasaan misteri dan takut tentang keadaan watak.
Semoga catatan ni bermanfaat untuk para penulis seram di luar sana! Nanti kongsilah cerita korang dekat ruangan komen catatan ni ya. (✿◡‿◡)
Leave a Reply