• Home
  • About Me
  • Blog
    • Autopsi Buku
    • Saya Penulis
    • Seram Checklist

Aisyah Tajul

Penulis dan pembaca yang suka cerita seram

Analisis Trope Seram

Analisis trope seram: “Be careful what you wish for”

21/07/2025 Leave a Comment

Saya dah baca banyak komik dan novel yang gunakan tema ‘be careful what you wish for’. Ada yang jadikan ia komedi, ada juga yang jadikan ia seram.

Pernah tak baca siri ‘Magis Manis Coklat’ atau ‘Seram! Perjanjian Puaka’ terjemahan Gempak Starz? Atau mana-mana buku komik lain?

Pernah dengar tak plot macam ni: Semuanya bermula dengan watak yang biasa-biasa. Mungkin dia seorang yang hodoh, atau seorang yang kesunyian, atau juga seorang yang nak ubah seluruh hidupnya. Kemudian, mereka akan jumpa ahli sihir, hantu atau barang artifak yang mampu memakbulkan permintaan mereka. Dan seperti biasa, ada kesan sampingan pada mereka.

Kandungan

Toggle
  • Trope ni dipanggil apa?
  • Apa yang membuatkan trope ni seram?
    • 1. Cara hajat dimakbulkan yang mencurigakan
    • 2. Kesan sampingan lebih gelap dari genre lain
    • 3. Terokai reaksi manusia berhadapan dengan akibatnya
    • 4. Menunjukkan sifat manusia yang sentiasa berasa tidak cukup
  • Kenapa trope ni menarik
  • Tips gunakan trope ni dalam penulisan sendiri
    • 1. Gunakan hajat yang pembaca boleh relate
    • 2. Jangan cepat sangat tunjuk balasan
    • 3. Tambah twist dalam cerita
    • 4. Bagi watak rasa susah lepas dapat balasan
  • Kesimpulan

Trope ni dipanggil apa?

Trope ni dipanggil “be careful what you wish for”. Tak ramai orang pernah dengar atau tahu kewujudan trope ni. Tapi once korang tahu kewujudan trope ni, korang akan nampak banyak sebenarnya cerita yang gunakan trope ni.

Macam buku terjemahan ‘Sumpahan Anak Patung’ atau nama betulnya ‘Senritsu! Ooguchi Onna’, ianya tentang protagonis yang berbadan gempal. Dia mahu kurus dan pikat lelaki yang dia minat, tapi rupa fizikal dia membuatkan dia malu. Kemudian, dia jumpa anak patung yang tulis “Barang siapa yang simpan anak patung ini akan menjadi kurus”. Dia pun memilih untuk simpan anak patung tu dan esoknya dia betul-betul kurus! Tapi hidupnya tak tenteram sebab diganggu makhluk yang mendampingi anak patung tu.

Ataupun dalam buku terjemahan ‘Dongeng Seriau’ atau nama betulnya ‘Shojo-Tachi No Kyofu Dowa’, ada satu kisah yang menceritakan tentang protagonis yang ada masalah kewangan dan mahu bermewah seperti rakan-rakan lain. Maka, dia terjumpa satu mancis dan jika apinya membakar benda hidup esoknya dia akan dapat wang yang banyak. Lebih besar korban, lebih banyak duit yang dia akan dapat. Namun ianya berakhir dengan tragis dimana dia akhirnya unalive dirinya.

Di sini saya nak tunjukkan yang ‘Magis Manis Coklat’ bukan satu-satunya cerita yang gunakan trope ni. Dalam telefilem keluaran Astro pun ada je yang guna trope ni, contohnya cerita nenek kebayan makbulkan hajat perempuan untuk menjadi cantik, tapi ada pantang larangnya.

Apa yang membuatkan trope ni seram?

Trope ni boleh ada dekat genre fantasi (ni termasuklah dark fantasy dan modern fantasy) dan seram. Cara olahannya pun akan bagi kesan antara cerita tu jadi seram ataupun tak.

Jadi kat bawah ni antara sebab kenapa trope ni boleh jadi seram.

1. Cara hajat dimakbulkan yang mencurigakan

Kalau fantasi, mungkin caranya lebih tenang.

Lain pula dengan versi genre seram.

Cara hajat tu dimakbulkan kebiasaannya abnormal. Terlalu sempurnya. Contohlah hajat protagonis ialah jadikan penipuannya menjadi nyata. Kemudian hajat tu dimakbulkan. Apa dia cakap akan jadi kenyataan. Ada rumah besar, keluarga kaya raya, duit elaun bulanan cecah 1 juta, pandai main piano, pandai dalam kelas… semuanya menjadi kenyataan. Terlalu sempurna. Daripada rasa seronok, pembaca sebaliknya akan rasa berdebar (lagi-lagi kalau mereka tahu ni cerita seram dari mula). Pembaca akan rasa ragu-ragu, seakan-akan mereka takut nak tengok kesan sampingannya. Secara tak langsung, penulis dah pun berjaya buat pembaca rasa tidak senang hati.

2. Kesan sampingan lebih gelap dari genre lain

Kalau dalam genre lain, kesan sampingannya mungkin kecil. Kalau besar pun, bukan hingga hilang nyawa. Contohnya watak tu berhajat untuk dating dengan jiran dia. Bila dapat, rupanya lelaki tu sebenarnya tak romantik. Ataupun dia hajat untuk dapat kasut kegemaran dia. Bila dapat, rupanya kasut tu tak tahan lasak dan senang rosak.

Lain pula dengan versi genre seram. Kesan sampingannya lebih gelap. Contohnya watak tu berhajat supaya dia jumpa lelaki yang sama dengan watak dalam novel dia baca tu jadi kenyataan. Tapi bila dapat, rupanya lelaki tu pembunuh bersiri dan lelaki atu tak akan teragak-agak untuk bunuh dia kalau dia cuba lari. Tak pun dia akan diganggu oleh makhluk yang mendampingi barang misteri yang dia jumpa tu. Atau orang kesayangan dia akan mati atau orang terdekat mula hilang tanpa dikesan. The possibility is endless. Kadang tu kesan sampingannya langsung tak setimpal dengan hajat dia.

3. Terokai reaksi manusia berhadapan dengan akibatnya

Trope ni bermain dengan survival rate watak. Apa tindakan watak bila berhadapan dengan akibat? Ada yang melarikan diri, ada yang cuba melawan entiti jahat tu. Kalau lawan pun, ada macam-macam benda boleh jadi. Adakah dia cuba serang entiti jahat tu? Even better, bunuh entiti tu? Kalau entiti tu hidup balik, apa dia buat?

Dari sini, pembaca akan rasa tidak senang duduk. Kadang tu mereka akan fikirkan apa yang mereka akan buat bila mereka di situasi watak tu.

4. Menunjukkan sifat manusia yang sentiasa berasa tidak cukup

Manusia tidak pernah rasa cukup. Kita akan nakkan lagi, dan lagi, dan lagi. Sampai satu tahap kita jatuh ke dalam kegelapan.

Dalam trope ni, penulis boleh tunjukkan sisi gelap manusia melalui watak penulisannya. Macam dalam contoh di atas tadi, penulis terokai sifat tamak manusia. Makin besar ‘korban’, makin besar hajat dimakbulkan.

Dari…

“Kalau aku dapat ni, mesti hidup aku sempurna.”

Jadi…

“Aku rasa tak cukup, aku nak lagi.”

Tanpa sedar, watak makin lama makin jatuh ke kegelapan sampai satu tahap tiada patah balik.

Kenapa trope ni menarik

Bagi saya, trope ni menarik sebab dia paling dekat dengan hati kita.

Kita semua ada hajat tersendiri. Nak cantik, nak pasangan yang baik, nak patah masa, nak hidup mewah, nak duit banyak…

Dan trope ni sentiasa buat saya (sebagai pembaca) rasa seronok, walaupun tahu tu kisah seram dan kesan sampingannya mesti berat. Kalau saya ada macaroons yang boleh undur masa, apa saya nak buat? Kalau saya boleh curi kemahiran orang lain, apa kelebihan yang saya nak? Kalau saya boleh cipta teman kekasih yang saya dambakan, macam mana rupa dan perangai orang tu?

Ia bagi pembaca rasa seronok. Kadang tu sampai lupa ni cerita seram sebab saya yakin kita semua ada hajat masing-masing. Tu yang membuatkan trope ni menarik, especially untuk saya.

Tips gunakan trope ni dalam penulisan sendiri

1. Gunakan hajat yang pembaca boleh relate

Contohnya hajat nak duit banyak atau nak kaya, nak ada pasangan kekasih atau dating dengan crush, nak pandai dalam sesuatu, nak patah balik masa atau kawal masa terus, nak baca minda orang, macam-macam korang boleh.

Bila hajat watak kita tu orang boleh relate, pembaca lagi seronok nak baca. Bagi mereka turut rasa seronok bersama-sama watak kita tu.

2. Jangan cepat sangat tunjuk balasan

Maksud saya, jangan cepat sangat tunjuk bayaran untuk hajat mereka. Mulakan dengan watak tu ragu-ragu, kemudian gembira sampai tak ingat dunia. Masa dia dah terlalu seronok dengan hajat yang dimakbulkan barulah penulis tunjukkan bayaran/akibat/balasan pada watak tu. Melainkan korang tulis cerpen 1,000 patah perkataan, jangan cepat sangat tunjuk balasan. Mungkin boleh tunjuk pada bahagian klimaks atau akhir-akhir perkembangan.

Kalau nak, korang boleh tunjuk hint atau foreshadowing balasan yang watak akan dapat. Nanti bila pembaca baca balik, baru mereka perasan bahagian-bahagian ni secara terperinci.

3. Tambah twist dalam cerita

Rasanya point ni self explanatory. Mana-mana genre pun akan rasa best bila ada plot twist.

Untuk trope ni, twist yang korang boleh buat tu mungkin tentang cara hajat tu dimakbulkan. Contohnya dia berharap ada duit banyak. Hajat tu dimakbulkan, tapi dengan cara suaminya mati dan duit yang dia dapat tu ialah duit suami dia. Contoooh…

4. Bagi watak rasa susah lepas dapat balasan

Maksudnya, korang boleh buat watak tu struggle dengan balasan yang dia dapat. Macam dalam cerita saya karang (Teman Lelaki Ideal), Rozana sukar untuk berhadapan dengan balasan atas hajat dia. Dia lari macam mana sekalipun, benda tu kejar. Apa yang kejar? Hehe, follow Gank (tekan sini) untuk tahu spoiler.

Apa yang saya nak tunjuk ialah contoh macam mana nak tunjuk kesan daripada bayaran harga hajat watak tu. Be creative!

Kesimpulan

Korang pernah baca atau tengok mana-mana cerita yang guna trope ni? Cuba tulis kat ruangan komen nama buku, telefilem, filem atau media lain dekat ruangan komen. Saya pun nak tahu jugak.

Semoga catatan ni bermanfaat! Share atau pin gambar ke Pinterest kalau korang minat catatan ni.
( •̀ ω •́ )✧

Previous:
Macam mana nak tulis cerita seram
Next:
Analisis trope seram: “Evil Boyfriend”

You might also enjoy

Analisis trope seram: “Evil Boyfriend”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hai! Saya Aisyah Tajul

Saya menulis blog sejak 2013, namun usia blog ini baru 2 bulan. Blog lama dah hilang ditelan zaman (dipadam). Saya juga menulis cerita fiksyen dalam pelbagai genre. Baca penuh di halaman “About Me”.

Currently Reading

Categories

  • Analisis Trope Seram
  • Seram Checklist
Design by SkyandStars.co

Copyright © 2025 · Aisyah Tajul